selamat datang keduniaku

"duniaku tak seindah duniamu,,
tapi akan aku penuhkanya dengan membuat kamu tersenyum bila bersama denganku"

Thursday 21 November 2013

terkisah

21/11/2013
walaupun sudah berminggu cerita ahmad ammar yang syahid hari ini baru aku terbaca.. sungguh terkesan didalam hati melihat beliau meninggal dalam keadaan yang begitu dihormati. di kebumikan bersebelahan dengan sahabat baik Rasullah mejadikan kisah hidupnya begitu di hormati. berniat ingin syahid di jalan ALLAH, ALLAH tiggian martabat syahidul islam itu. SUBHANALLAH ALLAHUAKHBAR MAHA SUCI ALLAH  sungguh DIA yang mendatangkan DIA juga yang mengembalikan. AL-FATIHAH UNTUKMU AHMAD AMAR AHMAD AZAM..

Cerita sebegitu kadang kala mampu menyentuh hati seseorang tapi jarang sekali kita dapat sepertinya. aku kagum melihat insan yang syahid itu. melihat pada diri sendiri SUBHANALLAH sungguh aku malu terutama pada TUHANKU yang satu itu. dosa terlalu banyak walaupun 7 lautan dikumpulkan dosa aku lagi banyak dari itu. kadangkala terfikir bagaimana keadaan aku mati nanti. islamkah aku? berimankah aku? berjasakah aku kepada agamaku? berbaktikah aku kepada agamaku? hina atau muliakah jasadku nanti? ALLAHUAKHBAR meniti perjalanan hidup yang masih gelap memerlukan aku kekuatan dariMU. AKU MASIH LAGI SESAT PADA JALAN YANG BENGKOK.

Bila aku mati aku tidak minta dimulIakan oleh masyarakat dunia KERANA AKU SEDAR AKU TIDAK SELAYAK SYAHIDULMU sekadar cukup aku mampu mati dalam keadaan islAm keadaan sedang beriman sedang berjihad di jalan MU YA ALLAH. hidayah mungkin belum mampu menguatkan aku tapi aku cuba kuat dan menjadi kuat mencari hidayah MU.

apa yang aku lakukan? aku tidak berwang untuk sentiasa menderma sekadar cukup memberikan apa yang aku ada. aku membaca AL-QURAN walaupun aku tidak tahu isi kandunganya itu  apa. aku berzikir di dalam hati tatkala aku telah memburukan saudara seislamku yang lain. aku bersujud syukur selepas solat atas segala kurniaan pinjaman dari-NYA. aku cuba menutup dada melonggarkan pakaian ku berstokin walaupun kadangkala aku gagal melakukanya. aku niatkan di dalam hati aku berjuang mencari redha di jalan ALLAH pada pelajaran aku. cukupkah itu untuk aku menjadi islam yang beriman? serasa aku apa yang aku lakukan ini seperti tidak ada apa beranding mereka yang menderma kesemua yang mereka ada, membaca AL-QURAN yang mereka fahami isi kandungnya, yang sentiasa mengalunkan zikir di setiap waktu tanpa mengira keadaan, yang sentiasa bersujud tanpa mengira waktunya, yang menutup aurat sejak dari mereka kecil tanpa pernah gagal, yang sentiasa inginkan keredhaan darinya walaupun apa yang dilakukan ,, ALLAHUAKHBAR gagalkah aku menjadi hambamu?

No comments:

Post a Comment