selamat datang keduniaku

"duniaku tak seindah duniamu,,
tapi akan aku penuhkanya dengan membuat kamu tersenyum bila bersama denganku"

Thursday 21 November 2013

terkisah

21/11/2013
walaupun sudah berminggu cerita ahmad ammar yang syahid hari ini baru aku terbaca.. sungguh terkesan didalam hati melihat beliau meninggal dalam keadaan yang begitu dihormati. di kebumikan bersebelahan dengan sahabat baik Rasullah mejadikan kisah hidupnya begitu di hormati. berniat ingin syahid di jalan ALLAH, ALLAH tiggian martabat syahidul islam itu. SUBHANALLAH ALLAHUAKHBAR MAHA SUCI ALLAH  sungguh DIA yang mendatangkan DIA juga yang mengembalikan. AL-FATIHAH UNTUKMU AHMAD AMAR AHMAD AZAM..

Cerita sebegitu kadang kala mampu menyentuh hati seseorang tapi jarang sekali kita dapat sepertinya. aku kagum melihat insan yang syahid itu. melihat pada diri sendiri SUBHANALLAH sungguh aku malu terutama pada TUHANKU yang satu itu. dosa terlalu banyak walaupun 7 lautan dikumpulkan dosa aku lagi banyak dari itu. kadangkala terfikir bagaimana keadaan aku mati nanti. islamkah aku? berimankah aku? berjasakah aku kepada agamaku? berbaktikah aku kepada agamaku? hina atau muliakah jasadku nanti? ALLAHUAKHBAR meniti perjalanan hidup yang masih gelap memerlukan aku kekuatan dariMU. AKU MASIH LAGI SESAT PADA JALAN YANG BENGKOK.

Bila aku mati aku tidak minta dimulIakan oleh masyarakat dunia KERANA AKU SEDAR AKU TIDAK SELAYAK SYAHIDULMU sekadar cukup aku mampu mati dalam keadaan islAm keadaan sedang beriman sedang berjihad di jalan MU YA ALLAH. hidayah mungkin belum mampu menguatkan aku tapi aku cuba kuat dan menjadi kuat mencari hidayah MU.

apa yang aku lakukan? aku tidak berwang untuk sentiasa menderma sekadar cukup memberikan apa yang aku ada. aku membaca AL-QURAN walaupun aku tidak tahu isi kandunganya itu  apa. aku berzikir di dalam hati tatkala aku telah memburukan saudara seislamku yang lain. aku bersujud syukur selepas solat atas segala kurniaan pinjaman dari-NYA. aku cuba menutup dada melonggarkan pakaian ku berstokin walaupun kadangkala aku gagal melakukanya. aku niatkan di dalam hati aku berjuang mencari redha di jalan ALLAH pada pelajaran aku. cukupkah itu untuk aku menjadi islam yang beriman? serasa aku apa yang aku lakukan ini seperti tidak ada apa beranding mereka yang menderma kesemua yang mereka ada, membaca AL-QURAN yang mereka fahami isi kandungnya, yang sentiasa mengalunkan zikir di setiap waktu tanpa mengira keadaan, yang sentiasa bersujud tanpa mengira waktunya, yang menutup aurat sejak dari mereka kecil tanpa pernah gagal, yang sentiasa inginkan keredhaan darinya walaupun apa yang dilakukan ,, ALLAHUAKHBAR gagalkah aku menjadi hambamu?

Monday 16 September 2013

JOHOR BAHRU ------> UUM SINTOK KEDAH 12 JAM PERJALANAN 689KM,,,

sedar tak sedar 5 sem sudah perjalanan aku kat sini,, bermacam dugaan cabaran aku tempuh,, jauh dari keluarga bukan lagi masalah sebab aku dah biasa cumanya rindu tu kalau dah datang macam nak berlari balik johor,,,

JOHOR BAHRU ------>  UUM SINTOK KEDAH 12 JAM PERJALANAN 689KM,,,

kenangan demi kenangan dilepaskan satu persatu,, menempuh cabaran baru juga satu-persatu,, pejam celik semakain dekat dengan tempoh habis belajar,, cumanya sedar atau tidak apa yang diperolehi sepanjang perjalanan kat sini,, melihat senior konvo juga teruja untuk tekad dan mengengam segulung ijazah dengan sebaik mungkin,,

sem baru ,, baru sem 5,, baru,, tapi dalam tak sedar masa 2 akan berlalu dengan cepat dalam diam juga blog nie aku create semasa aku sem satu ,, yea blog nie sama tua dengan perjalanan aku kat sini,,, alhamdullilah result semakain membaik dan akan membaik,,, in shaa allah doa kalian juga,,

pasal skema sangt niee,, -_-

sem nie sem paling sopan aku,, sebabnya nak ker tandas pon bertudung,, huaaa okeh set kt otak untuk jage aurat dari pandangan lelaki bukan ajnabi,, tapi kalu nak kua g tandas pon kena huaaaaa,,, nie semua gara2 kena tuka bilik tuka wing la,,, erghhh sebelah blok lelaki duduk,,, tp dalam pada masa yang sama boleh jugak aku mencuci mata,,heee =D ekekeke,,, okeh sambil menyelam minum air,, cuci mate jeq okeh nak berkenan or terkenan tu 2 x mungkin sebab entah,,, sem nie aku dah macam junior baru masuk beli tempat iron bajulah beli bantal baru beli cadar tudng baru baju baru kasut handbag blablablablabla,,, eah mcam baru masuk jeq,, kadang2 pk padahal dah sem 5 sem 5 okeh azu sem 5 ,, alla aku ade lg 2 sem pe kt sini x salah kn nk mebeli belah,, okeh fine,,

tajuk blog lain taipnye lain,, alahaiii

okeh jrak perjalanan jb ke sintok,, sintok ke jb ,,, semoga selamat sepanjang perjalanan 2 bertarung nyawa bila kita ada kat jalan raya sebenarnya,, berdoa sebanyak yang mungkin in shaa allah selamat atas hendak-NYA,, perjalanan yang merentas pelbagai negeri melaka->n9->kl->perak->pining->kedah fuhh semput kuak lentang jgn cakapla dalam bas 2,,,

blurr x tw nak taip ape tp macam banyak nak cakap sebenarnya,,,hee

p/s:admire pada lelaki yg bela dan buat janggut seline yg memnjang,,,
      nampak mcam,, sukenye tengok alahaiii


Wednesday 28 August 2013

cinta

terkadang cina itu mengajar kita erti kekuatan,, cinta ye cinta itu kadang buat kita lupa pada dunia realiti,, semua orang inginkan cinta sejati tapi hakikat dan realitinya cinta itu tak semua miliki,,, entah kenapa aku sering terkandas dalam realiti cinta,, bukan sekali bukan dua kali malah berkali-kali bukan tak pernah menangis terlalu banyak air mata yang keluar,, kalau di tadah mungkin bertempayan yang dapat,,

seringkali juga aku lihat insan sekeliling gembira dengan cinta tapi tak kurang juga yang merana kerana cinta,, aku?? hemmm cinta sebenarnya mengajar aku erti menerima erti sebuah ikatan kejujuran kesakitan kesetiaan air mata ketawa macam2 lagi,, memang kadanG2 kita akan rasa meluat dan menyampah bila kita lihat orang lain bercinta kadang aku sendiri kalu bercinta aku rasa geli dengan kelakuan sendiri,,, tapi itulah bahgia yang kita alami,,,

cinta 5 huruf yang berikan beribu malah berjuta makna pada setiap manusia,, ada yang berjaya hingga ke alam perkahwinan tapi ada juga yang terkandas di tengah jalan,, macam aku,, aku pernah gagal bercinta menangis jangan cakap sampai ibu pun sama menangis ,,, bila ingatkan balik memang sakit terlalu sakit bila di tipu dikhianati, tapi lama kelamaan aku rasa buang masa dan bodoh mengis untuk insan yang hampeh macam 2,, kadang klakar jugak sebb aku x pernah mengis sedasyat 2 kecuali bila kena sebat dengan ayah masa kecik sebab mandi parit dengan along n makcik2 aku,,,

sebenarnya cinta itu bagi aku memerlukan kekuatan diri seseorang x kiralah luaran mahupun dalaman,, belajAr mejadi insan yang jujur walau beribu batu sekalipun kita berada,, tapi jarak yang jauh mengajar aku menjadi manusia yang serik untuk menerima seseorang lagi ,,, ye aku serik terlalu serik bukan sekali tapi dua kali aku terkena dan x mungkin aku nak pebodohkan diri untuk kali ketiga,, janji yang di taburkan lebih baik simpan dalam poket berikan pada orang lain,, sebab aku tak percaya lagi pada cinta jarak jauh,,, hekk

cinta sekarang mengajar aku menjadi insan yang redha pada segala ketentuanNYA ya aku belajar redha dari setiap kesakitan cinta,, alhamdullilah biarpun aku x punya cinta tapi aku masih punya cinta ALLAH,, cinta ibu bapaku,, itu lagi bermakna,,, soal jodoh aku serahkan pada ketentuanNYA,, kerana aku percaya sebaik2 perancangan manusia baik lagi perancangan ALLAH S.W.T,,

Saturday 27 July 2013

maafkan aku

andai ini yang terakhir kata dari aku maafkan aku,, bukan hati aku tak nak menerima kau lagi tapi aku sendiri x mengerti kenapa aku susah sangat nak terima kau,, kau ada rupa kau mampu cari yang lebih baik cantik punya segalanya lebih dari aku,, bodoh la aku untuk menolak cinta kau,, tapi aku x mampu nak terimanya aku sendiri tak tahu kenapa,, siapa yang tak nak dicintai dan mencintai bukan, lagilah aku nie yang manja yang inginkan perhatian dan kasih sayang orang sekeliling,, tapi aku sendiri tak tahu,,,,aku bingung

dalam erti kata lain aku keliru aku takut,, aku student banyak benda aku nak tumpu,, kalu aku pandai sangat x apa,, belajar aku pon naik turun,, cukuplah sekali aku kecewa terlalu kecewa sampai belajar aku terabai kelas aku banyak skip,, cukuplah sekali,, aku x nak ulangi lagi benda itu,, aku belajar jauh walaupun masih dalam negara tapi masih lagi utara selatan,, jarak mngajar aku erti sabar jujur ikhlas berani tapi sebaliknya apa yang aku perolehi dua kali aku kena benda yang sama tak mungkin aku nak ulangi untuk kali ketiga,,

hanya allah yang tahu macam mana susahnya aku nak bangkit dari sakit dari air mata yang diberikan oleh dua orang yang pernah aku sayang terlalu sayang,, apa balasan yang aku dapat?? aku ditipu aku di duakan mereka bahgia aku menangis?? inikah sekali lagi yang akan aku terima andai aku masih mencari cinta yang tak ada kesudahan,, ya allah hnya kau tahu betapa pertinya aku cuba bangkit waktu itu aku bangkit hanya ditemani kawan2 ibu ayah yang jauh,,

aku merayu aku minta simpati macam2 aku buat agar mereka kembali pada aku tapi apa aku dapat aku hanya dilihat seperti sampah x berguna,, biarlah orang kata penulisan aku hanya menjatuhkan maruah diri aku tapi sekadar jadi pengajaran pada yang lai jangan terlalu percaya jangan terlalu cinta juga saayang andai allah tarik balik semuanya ia lenyap begitu sahaja,,

aku x ingin suatu hari nanti bila mereka yang mengejar aku bersunggu2 dan aku terima mereka percaya pada janji dan kesungguhan mereka,, kemudian aku ditinggalkan lagi ,,, cukuplah apa yag berlaku sebelum nie aku x yakin untuk itu,, aku x mahu juga dirimu kecewa andai kau tahu siapa aku sebelum ini,,, aku ingin berubah kejalan allah,, biarlah aku belajar mencintai allah dahulu nabi ku kedua ibu bapaku kemudian barulah aku belajar mencintai tulang rusuku,,,,,

berilah aku peluang untuk muhasabah diriku,, pelajari stiap kesilapan yang aku lalui,, berilah aku ruang mengenali tuhankau juga diriku agamaku,, biarlah apa pun yang terjadi nyawa dan jasad bercerai badan tapi berilah aku ruang dan peluang mencintai allah ku yg 1,, kerna aku yakin jodohku hanya dia yang tahu pada siapa,,, aku dah berusaha mencari aku berusha memberikan komitmen pada hubungn pada masa sama aku berusaha mencari redha-nya tp allah lagi maha mengetahui,, biarlah aku redha dan ikhlas atas apa yang telah terjadi pada aku,, aku berserah atas segala usha ku tawakal ku kini tiba masanya aku serahkan pada dia yang mengetahui baik dan buruku untukku dia pencipta ku,,, aku redha ya allah aku perlukan pembimbing yang membimbing aku kejalanmu menuju jannah mu ,,, berilah aku peleung itu ya allah

Thursday 18 July 2013

duhai ADAM

duhai kau yang bernama ADAM dan aku yang bernama HAWA

wahai kau adam pemilik si hawa,
agama mu, iman mu peneguh dirinya,,
di kala hawa itu rapuh sampaikan kekuatanmu milikmu pada si rapuh itu,,

wahai adam pembimbing si hawa,,
bawalah hawa ini kejalan ALLAH,
agar dia tidak terpesong kerana HAWANYA sendiri,,,
bukan mudah menjdi hawa seperti kami kerana kami miliki 9 hawa yang bernama nafsu dan 1 akal yang menjadi peneguh,,
tapi kau wahai adam berbeda degan kami yang miliki 9 akal dan 1 nafsumu,,

wahai adamu ku,,
aku hawamu yang masih bertatih mencari redha ALLAH,,
aku lemah tatkala ujian sekecil zarah melewatiku,,
bukan seperti dirimu yang ALLAH anugerahkan kecekalan yang utuh dalam diri,,
ketahuilah kau wahai adam aku mecuba kuat tapi aku masih mengharap bimbinganmu namun bukan ku mengharap sakitnya atas perbuatanmu menduakan hawamu ini,,,

Thursday 11 July 2013

selamat menyambut puasa

assalammualaikum,, selamat menyambut puase pada semua umat islam,,,
wah pejam celik pejam celik puasa sudahkan kita,, masa berlalu terlalu kejap,, tapi sepanjang perjalanan nie apa yang sudah kita buat? sama ada buruk atau baik kita aje yang tahu,, yeahh puasa bari hari 1st nak masuk second day terlalu cepat masa berlalu,,,

sebenarnya banyak fadhilat sepanjang bulan puasa yang kita boleh perolehi dari pertama ramdhan sehingga akhr ramdhan setiap hari kita akan punya kebaikan yang berbeza-beza pada setiap puasa yang kita lakukan,, contohya trawikh adalah slah satu amaln sunat yang mana kita lakukan untuk menambah amalan pada bulan puasa,, rajinkan bersedekah juga kebaikan yang mampu menolong kita di sepanjng perjalanan hidup lagilah bila kita bersedekah pada bulan puasa,,rezeki kita in shaa allah mencurah2 tp cuma kita sahaja antara perasan mahupun tidak,,

aku dan trawikh in shaa allah aku cuba buat penuh,, janji dalam hati,,, kadang rasa seronok bila kita puasa keliling ada famili,, tp aku teringin nak puasa jauh dari famili,, bukan apa aku nak rasa perasaan tu sendiri,, sedih memang la,, tp bila lagi nak merasa kan,, asyik nak berkepit dengan famili x berkembang la macam 2 kan,, raya aku dah pernah raya jauh dari famili dari kawan2 memang rasa die mcam nak nangis golek2,,he8,,, puasa jeq belum,,

puasa kali nie terasa kadang ade jugak kelaianannye,, adik beradik aku semua ada biaselah bila semua dah besar masing2 ade hal sendiri kn,, tp 1st puasa alhamdullilah dapat kumpul semua,, cuma rindu arwah atok sangat,, kalu dulu puasa mase ade arwah atoq dia suka bagi duit beli apa2 yang kita teringin nak makan,, ati die mesti kate beli biar lebih jangan kurang,, sebb adik beradik aku ramai n semua kuat makan termsuk aku,, al-fatihah untuk arwah atok,, angah rindu atok sangat,,, :'(

kadang aku terpikir bila lagi boleh kumpul dengan adik beradik sendiri lagi la bila masing2 ade famili nt,, in shaa allah memang bukan sekarang tp suatu hari nanti,, kadang rasa macam x nak bsar x nak meninjak usia sebb jadi kanak2 itu bahgia x de masalah,, tp aku sedar usia mematangkan seseorang,,

1st puasa sudah pergi itu bazar memang rambang mata la aku,, tp aku x beli ape2 sangat melayankan adik aku yang nak itu nak ini kopak duit aku,,tp seronok biler adik2 aku yang happy lagi la tengok diorang makan rase aku yang belum makan pape rase kenyang jeq tengok diorang makan, ketawa bergurau ,, kutuk mengutuk gaduh dengki,, 2 semua memang biasa tp kalu orang yang x biase macam nie diorang akan kate adik beradik aku teruk,, tp cara kami bergurau memang kasar tp itulah mengertkan kami,, kami belajr bergaduh tp pada masa sama kami belajr memaafkan dan melupkan salah orang lain, itu kira fadhilat puasakn,, untng aku adik beradik ramai,, kadang aku terpikir mcam mana adik beradik yang sikt,, hemmm,, lain manusia lain hidup dia,, besarnya kuasa ALLAH kn,,

okeh say thanks 2 cik 'ABANG'(seboleh2nye nak aku panggil dia ABANG~~~~  tp aku buat x paham kena marah pun aku buat keras,,hee) sebab ape he8 melayan sangat aku nak makan apa sapa suruh panggil aku gemuk kan,, ikan pari bakar untuk aku dengan famili die belikan,, he8 terima kasih,,, ngeee~~~~

GEDIK~~~

okeh apa pun selamat berpuasa pada semua ye,, sok pagi nak bangun sahur masak memasak,,
haa jangan lupa maafkan aku andai ada salah dan silap,, jari ku susun memohon kemaafan,, terima kasih untuk anda yang membaca blog aku yang agak,,,, korang tafsir sendiri,,,

raya jemput datang rumah,,~~~heheheheh


Wednesday 3 July 2013

he's getting married

assalammualaikum selamat petang,,

aku datang lagi dengan entry terbaru aku,,hemm kali nie tajuk agak menarik sebb my ex getting married u know,,, not only one but both of them,,,hu8

m i sad?? sincerly perasaan 2 memang wujud tp,,, it happen when i heard at that time,, only at that time,, but after that i dont feel anything,, aku x tw kenape mula2 jeq mcm frust gler,, tapi lame2 aku eh ade aku kisah,, series aku x tw kenapa aty makin keras,,, aku cuma mampu doakan yang terbaik jeq if both of them not my future i dont care because ALLAH know the best 4 me. m i right??

sometime others people said what happen with u?? nothing happen 2 me la dear. aku cuma positvekan diri if both of them not married with me its mean they mate its not written to me,, ex aku nak kawin,, aku bler lagi,, bila soalan ini ditanyakan aku cuma hanya mampu tersenyum,, tapi dalam diri aku kate aku kena ubah diri aku dulu jika aku nak dapatkan jodoh terbaik ,,, aku baru 22 lame lgi perjalanan aku,, in shaa allah,, ade banyak perkara yang aku perlu betulkan jika aku nak someone yang betul2 untuk aku,, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat begitu jua jika hari ini kamu sedang membetulkan diri kamu in shaa allah jodoh kamu jua untuk mereka yang sedang perbetulkan diri,, in shaa allah.. ALLAH kan ade,,,

setiap ape yang kamu lakukan hari ini ada balasanya,, ada petikan buku kenapa wujudnya syurga dan neraka berkata jika hari ini kamu mengerjakan perbuatan yang baik akan datang sepuluh yang baik2 untuk kamu,, andai kamu mengerjakan perbuatan buruk kamu hanya dapat apa yang kamu kerjakan,,, so aku nak perbetulkan diri dulu,, memang susah tapi x salah mencuba,,,

okeh apa pun ex aku nak kawin,, tahniah untuk mereka berdua,,hik8
secara jujur ex yang 1 u nak kawin tahun depan (baru jeq die updte status) tp kenapa aku x rase ape2,mungkin banyak perkara yang buat aku x dapt terima die lagi,, memang aku dah maafkan tp untuk melupkan stp ape yg dilakukan memg payah,,,, tp len dgn ex yang emm yang sebelum 2,, menagis jugak la mase 2 dgr (mase 2 aje skrng ko nak tongang langang dgn tunang ko aku x hambek tw,,) die nak kawin  sakarag da bertunang,, tp lame2 aku redha kan aje,, ex yg dulu hemm ,,,,

okeh aku dah melalut nie,,, ape pun tahniah keduanya,, aku doakan terbaik untuk kalian,, ALLAH sentiasa adil kan,, 

Monday 24 June 2013

aku dan pemilik gitar

sudah lama x tak update blog,, dikeheningan malam nifsu sya'ban ini apa pun aku nak minta maaf pada semua,, maaf andai terlebih kata tercakap x kena terkurang sini sana,,,
kali ni aku ak cerita tentang aku dan pemilik gitar,,
gitar gitar gitar setiap petikan mampu membuat orang yang memainkannya menghayati setiap alunan melodi.,, (jiwangkan :P).. pernah juga ada orang tanya pada aku kenapa aku suka sangat pada orang yang main gitar. aku cakap diorang istimewa aku x tertarik pada suara tapi cari mereka bermain itu (jika ada suara sedap macam sate 2 bonus,, sate ???? he8 lapa sate memalm),,, kadang penuh gaya tersendiri buat aku kagum,, memang semua orang mampu belajar bermain gitar tapi x semua ada cara mereka kadang2 ada yang main ikut sedap jeq,, dulu ada seorang membe aku cakap setiap petikan gitar akan mengeluarkan dosa (tapi aku x pasti sangat benda nie sampailah,,,,) sahabat aku kat u pernah terangkan petikan gitar itu sebenarnya tak haram tapi melihat keadaan bagimana dia menjadi haram,, cotohnya bila kita di majlis2 ilmu ia menjadi haram kerena akan menggangu... (pejelasa yang aku perolehi)...
aku dan pemilik gitar,, 
hemmm banyak cerita sebenarnya disebalik ada suka ada juga duka,, yang suka ada dua orang pernah nyanyi bersama gitar mereka. sebb aku nie pantang dengar orang pandai orang main gitar laju jeq suruh diorang menkan satu lagu untuk aku,, tapi aku x paksa kadang2 saja jeq,, if diorang nak nyanyikan aku wah laju jeq seyum x hingat okeh,,, 

ingat lagi benda nie x silap masa aku form 4 so kira2 6 tahun lepas malam 2 birthday aku then ada 'dia' telefon aku n dia kata selamat hari lahir ini untuk awak (caka di telefon ) then dia terus nyanyi lagi yang aku ingat sampai sekarang lagu 2 ELEMENT CINTA X BERSYARAT n ROSA (yg nie aku x ingat lagu ape sebb lgu x ingt,,hee). die yang admire kat aku lame la jugak tp sampai tahun lepas jeq sbb taun nie die da de gurl,, lame sgt tunggu aku,, lawak jeq ase,, tp kesian pun ada,, (bukan x nak kat awak tp saya kesian kat awak. awak dah cukup bnyk masalah. kalu awak dengan saya nanti awak makin banyak masalah sebb saya degil nanti mesti awak rase macam nak hantuk2 kepala kat ekszos moto awak 2,, heeee). hemm haa lpekan yang itu aku ada seorang membe yang nyanyikan lagu untuk aku bersama gitarnya phewwww suare die boleh tahan taw lagu apa SUNGAI LUI  wa cakap sama lu,,, ehh dia hanya membe sbb aku ske kacaw die. sporting habis x kisah kalu kena kutuk pun rilex jeq,, tp suare dia fuhh jgn dgr selalu melting karang,, ekekeke,,, ini yang best tw yang x best,, hemm berkawan dengan somenone nie.. selalu jugak minta dia men gitar untuk kita tp,, dia niee,, hemm bnyak sangat janji,, lame jugak tunggu,, tp,, aku bukan jenis memaksa tp time 2,, entahla bila ingat balik sedih,, sampai sekrang aku dah x tye pape lg (paling terasa bila die kata td nyanyi untuk membe,, oww bila tnye untuk aku die kate nnti2 la,,tali putusla,, membe pnjm gitar la,, okeh saya faham awak) x pela time 2 memng nak dgrr sgt nk tgk awk men gitar,, tp sekarang dgr suara awk jumpe awk pun saya rase benda 2 menyakitkan jeq,,(tp memng x kan jumpe awak pun,, nt awk konvo saya nak balik kg,, kalau boleh saya memang nak lari jauh2 dari awak sejauh yang mungkin,,,,he8)
okeh itu pengalaman aku dengan pemilik gitar,, tapi aku nak cari suami yang pandai men gitar,, sebb nanti kalu merajuk sweet2 jeq rasa kalu die pujuk nyanyi sambil men gitar,, huaaaa sweettt sgt (GEDIK!!!!).. sebenarnya bukan 2 jeq tahu x ustaz kat sek dulu pernah kate orang yang ada kemahiran main muzik bila dia alunkan bacaan AL-QURAN dan AZAN suara mereka paling merdu... dan aku pilih DIA yang pandai main gitar,,,


AKU DAN PEMILIK GITAR~~~~~~

Saturday 22 June 2013

bila itu kata ku

manusia diciptakan dengan wujudnya ego dalam diri,, ego kadang-kala yang membawa erti segalanya..kerana ego juga kita berdiri hari ini,,ego ego ego,,,frued sendri mengatakan ego merupakan pendirian dalam seseorang yang dibawa oleh id,, manakala superego merupakan pendirian luaran atas sifat2 yag didik oleh keadaan dari persekitaran seperti ibu bapa,,,

okeh masuk psikologi sudah,,

bila itu kata ku itu jua mahu ku,,

hemmm,,, aku budak degil kalu bahasa german nye 'begudul', ape kata aku itulah yang aku nak,, kadang2 parents aku pun kalah dgn aku,, (tp selalu ayah yang byk layan kerenah aku ibu buat x paham jeq,,)
bila aku nak something aku aka dapatkanya bila aku dah x nak 'u can get lost'..

macam dalam bercinta,, kalu aku suka someone aku akan  dapatkanya tp buat masa nie aku belum pernah lagi la rampas merampas,,,  opssssssss,,, heee. bila aku betul2 sukakan someone aku akan kejar dia tp kalu x layan aku try lg,, ha8 gatal sangat aku nie,, tapi bila aku x nak kau call la 4ribu kali hantar mesej dgn ayt2 jiwang karat sedih medih memang aku buat x paham jeq la,,, itu bila aku x suka.. tapi jangan sampai aku suka,,, ketawa jahat  sekejap bhahahahahahahahah,, tapi kadang2 manusia nie bila kita kejar dia lari macam kena ligan dengan anjing tapi bila kita x kejar dia datang balik,, time 2 kalu aku minta maap kau ekcident patah riuk pon aku x nak ambik tahu,,, PAHAM!!!!! (KADANG2 KITA KENA ZALIM TP INILAH SEBENARYA EGO).

manusia manusia manusia,,,

Sunday 9 June 2013

A few days


menghitung hari~~~ ewahh teruja gembira excited happy semua ade nak balik kampung weyh,, kira pnye kira 2 bulan lebh x balik :),,, almaklum belajar nak kat OVERSEAkn,,,
tp,,,tp,,tp,, n tp,,
hemmmm sebelum 2 sekarng tengah musim berperang,, berperang bersama exam,,
YA ALLAH kuatkanlah hati hamba MU ini,, aku sudh semakin LOST~~~ x tw kenape,, mungkin exam pack n terlalu pack yg paling sadis paper killer semua rapat2,,, :'( (tp aku sempt lg berfb,,running man,,twitter,, tagged,, n berblog,, haii2)
ibu ayah doakan anakmu berjaya dimedan perang,,
berakhir paper bererti berkahir lah sem 4 aku dgn jayanye,, jaya ker?? in shaa ALLAH, dipermudahkan,,
tp rase mcm terlalu sekjp sudh 4 sem bermakna dah 2 tahun masuk sem ke 5 dan total 3 tahn kt sini,, YA ALLAH terlalu cpt masa berlalu,, tp apa sebenarya yang aku dah capai sepanjang kat sini??
bila ingt balik memori dr sem 1 hingga sem 4 nie mcm2 bnda jd terlalu mcm2,,,
menangis sebb terlalu jauh,,rindu famili,, rinduu bf (suatu ketika dulu),, gaduh dgn membe smpai kena boikot pon ade,, (tp aku pon x tw aq kena boikot membe yg btw sb aq jenis mlz nk tw sgt hal diorng2 nie,,) kena boikot sebb ape?? hee biaselah aku x puas hati terus sound direct x denye nak simpn2 bagai (tp asenya?? ermm... ) 
mcam2 terlalu mcm2 terjadi sebenanyr dalm life aku,,, phit manis buruk baik smua ada,,, yang penting semua nie mengajar aku menjadi kuat tabah cekal walau apa pon benda jadi,,,
sejak duduk sini ramai ambil bert,, membe2 pon rajin ajaq balik rumah tp aku x nak,, hee.. seyes aq x pandai dok rumh org,, sebb aq ade bad habit,, kadang tw membe kecik aty sampai mlz dah nak ajaq stay uma diorang tp aq?? he8 maaf semua bukan x nak tp aq x selesa duduk rumah org,, (membe pernah saound habis ko mcm mne kau nak duduk rumah mertua nanti?? aq?? hemmm,, hemmm hemmmm) biar masa yang menetukan segalanya,,
hemmm sebenarnya aku suka bergerak sendiri seorang,, bukan sombong tp inilah cara aku,, aku mals nak susahkan orang lain,, sebb aku sendri mlz bila disusahkan,,, tp aku x kish org buat aku aku noo halla,, tp jgn sampai aku membalas,,, kadang2 aku suka melarikan diri cuma org perasan @ x aja,,
YA ALLAH permudahkanlah aku disini,,
ALHAMDULLILAH saja nak kongsi aku berjaya khatam buat kali kedua sejak duduk sini,,
aku khatam mase malam isra mikraj,,,
ALHAMDULLILAH,,ALHAMDULLILAH,, ALHAMDULLILAH YA ALLAH,,
jahat macam mana pon benda aku lakukan aku cuba cari AL-QURAN untk bershkn balik aty aku,,
ya aku sedang cuba berubah,, memng bukan senang tp aku cuba,, in shaa ALLAH,, apa aku percaya sepanajng nak kejalan berubah memng banyk benda yg menguji akan berlaku,, sama ada kita kuat atau pun x aja,,
x sabar nak balik,, nak sambut puasa dah kan,, tp puasa sunt x pernahnya nak buat bnyk2,, ish2,,
nasib puase ganti dah buat,, ALHAMDULLILAH,,
rase panjang sangat bebel nie,,he8,, maap kalu rase muak,, aku taip ape aku nak taip,, ape aku cakap aku cakp,, malas nak simpan buat sendiri sakit hati buat hape,, hee :p
okeh nanti rajin aku update lagi ye kisah ape2 jeq la kisah,,,hee ape pon good luck untuk semua yang tengah ambil exam,,,doakan aku jua ya,,aamiin (mcm nak cuba berDEKAN sem depan IN SHAA ALLAH ade rezeki,,, kalu x dpt  in SHAA ALLAH sem dpn cuba lg) ,,


Sunday 26 May 2013

erkkk,,emmmm,,hemm,,,hekkkkk,,hukkk,,hahhh

da lame x tulis,, ehh taip la,, da lame x taip,, kadang2 bile tulis bukn2,, taip la,, okeh kadang2 bile taip bukan2 rase akan ade ramai sgt org menyampah,,hu8,,,
erghhhh suke hati hamba la,, eh nie teater PGL pnye pasal la nie,,,
lame dah x menjenguk blog sendiri,,
x de idea ,, kosong,,kosong,,kosong ,,,
bz pon ade sebnrnye,, nak final okeh final,, bpe ary jeq lg,,
tp aku??
aku bukak buku 1 jam jeq dpt bertahan selebihnye mata aq akan berair  kemudian aku akan menguap tanpa henti,, yeah itu adalah simptom2 kebosann melanda bila aku stdy,,,,,
6 paper semua paper bukan senng tp aku masih lg slumber jeq muke,,,
sejak bila aku pandai wat muka series?? (2 minit pk kejap,,)
1st paper kaunseling kelompok 2hb okeh,,,
last paper 12hb psikologi sosial,, (12 hb?? r u remember something about this day?? okeh just forget it,,,)
then bnyk2 paper aku rase yg aku rase buat aku stress adelh paper psikologi,, psikologi,,, dan psikologi,,, (haiyooooo trademark prof,,heee (proff saye minta maaf,,, :( ) )
okeh aku merepek dan terus merepek memng aku suka ckp bukan2 smpai kdng2 org menymph,,,
erghhh mulut nie memng suka cakap laaaaaaaaaaaaa,,,

Monday 13 May 2013

erti semalam

semalam mengajar kita banyak pengalaman,,,
kesakitan,, kegembiraan,, kesedihan,, ketawa,,
bukan untuk mengungkap cerita lama tapi sekadar renungan yang membina,,
kehidupan semalam banyak mengajar kita erti sebuah kebangkitan tanpa putus asa,,
jangan pernah sesal apa yag pernah terjadi semalam,,
kerna itu erti sebuah perjalanan..
perjalanan yang baru bermula bagi seorang yang ingin mengubah dirinya,,
usah ditanya tentang dirinya yang semalam tapi bertanya apa yang dilakukan hari ini,,
andai mahu ucapkan sebuah kata sayang fikir dahulu agar nanti x menjadi kisah memori semalam,,
semalam,,,
sebuah erti pahit manis kehidupan bersama insan yang tersayang,,
tapi itu semalam ,,,esok bagaimana??
semalam,,
erti sebuah perjalanan,,
jangan disiakan erti semalam,,
jatuh bagun kenangan untuk menghargai,,
biar pahit kisah semalam tapi pasti esok bangkit dari mimpi,,,
bangkit dari gagal itu kuat,,
bangkit dari sakit itu cekal
bangkit dari air mata itu tabah,,,

biar datang beribu orang menghina tentang kisah semalam tapi biar diri tahu bagaimana sebuah erti kehidupan semalam ,,,
biar orang mecaci erti semalam asal kita tahu betapa kita hargai walau sebutir air mata dari kisah semalam

Sunday 12 May 2013

berakhirlah sudah



berakhirlah sudah penantian selama 4 sem,, 4 sem menunggu saat yg membahagiakan,, bukan saat nk mendirikn rumhtngga ok,, tp saat2 dmana ko-k habiss!!! yeeehaaa,, exctd bebenor gamakya,,, aku bukn exctd ape tp exctd sbb lps nie x pyh la aq bgn pagi2 nk g ko-k pas 2 x de mase cuti,,(mesti nampk teruk sgt as a perempuan??heee) ape pling aq exctd ialh leps nie da x pyh aq isw if x dtg ko-k,, owhh sekali x dtg suda ada itu surt amran,, x mau aq repeat weyh,, cukup la 4 sem nie,,penantian satu penyeksaan tw,,

biarlah
org nk kte aq gedik,,,aq mengada2,,, or whtever u wnt 2 said,,,
lihat mke aku ade aku kisah,,
x sama sekali,,,

lepas nie makin pnjng la cuti aq,, makin lmbt la aq blik u,,,he8
bnde paling aq lemh ialah balik u,,, balik u,, balik u,,
kenape??
sebabnya aku ,,ermmm
enth tp yg pntng aq exctd sgt ko-k habis,,, yehaaaaa


okeh gambr 2 betapa aku exctd bgmbr lepas habis ko-k
aku amex ko-k ape??
he aq amex ko-k ape??
hee aku amex ko-k gamelan n selalu mke aq lah yg akn ken mrh sebb aq slalau ngntuk dlm kelas,,
n ayt yg akn cikgu selalu cikgu mrh aq bila dpt detect aq mengntuk,,,
"awak nie zuraidah lagu da ade tempo x masuk!!!"
tp bile aq da ngtuk mrh mcm manelah aq still mengntuk,,,
maafkan saya cikgu,,, peace
okeh gamelan sape yg terpilih akn dbwa men untuk piesta konvo??
aq memng x terpilih sbb aq x nk n awal2 lg aq da men2 dlm kels sbb aq malz men utnk konvo,,,
memng nmpk best tp,,,,,,

tp bwu aq pasan aq x de gmba lax mase men gamelan,,,
kecewa disitu,,,sebbnye x de kengnn n ergghhh,,,

okeh kt bwh nie gamba geng2 gameln aku,,,
tp sebenrnye x semua aku kenall,,
diorng nie semua pemalu n aku memng ermmm bukn x tw mlu tp hyper sikt,,,
tgok pntng amex gamba mesti nk kt depn sekali,,,,heee
kenangn selama 4 sem,,,



                                      

Thursday 9 May 2013

politik dan aku

politik dan aku???
apakah ini semua?? ,,
enth x habis2 kn borinkkkkkkkk,,,
okeh kat sini aku nak cerita kenapa aku x setuju beberapa isu yang hangat sangt iaitu isu,, ptptn dimansuhkan(isu pendidikan percuma),, tol dimansuhkan,, harga minyak turun,,

mari kita tengok kenapa aku x setuju sangat bande2 alah nie dimansuhkan diturunkan dan di sebagainya,,

1. isu pendidikan percuma dan ptpn dimansuhkan

okeh memng negara kita layak untk dpt pdidikn percuma. mampu sangt. n terlalu mapu untk bg pendidikn percuma. tp pernh terlints or terpk dalam pale akal bijk pndai korng yg jika ptptn dimnsuhkn segala mkn minum,pakai, buku, print, alat tulis 2 adalh hasil duit pnjmn.kalu x de x kn nk bebnkn mak ayh korng untk bg duit tiap2 buln... okeh korang boleh kte kerjalah,, hello kt sini aku nk bg hujah aku,, nie time aq belaja bkn time aq nk wat part time segala,, aq nk life beljr bkn life kelm kbut nk kerja,,,

second korang shooping menggila, beli gudjet itu geli gudjet ini,, pakai nk iphone, samsung s 1 2 3 4,,handbag nk LV,, kasut nk B.U.M,,CONVERSE,, NIKE,, pakai tdng nk FAREDAH,,WARDINA,, baju nk  TYLOR'S,, tp ptptn nk mnsuhkn,, okeh korng boleh kate duit korng ske aty la nk wat apekn,, okeh fine!!! kalu korng memngank dato dato tan sri aq surrender,,,

yg ketiganye,,aku bukn org sng yg sntisa nk mix duit dri parents,, yepp walupun susah parents aq x kish langsung pasl duit.. hal belajar diorng ok saja,, tp da besr kot nk selalu mix duit,, if yg kate sape soh ko blaja,, amboi mulut mix kena cili 2,, aq belaja untk masa depn aku,, sok2 bkn ko yg nk tnggung aku kn,,,

rase2 aq pihk ptptn bkn zalim sgt if korng dpt 1st degree free kot mansuh habis ptptn korng ,,ha mcm ibu aq kte nk mansuh usha belaja betol2 dptkn 1st degree bru x byr hutng,, kn kn kn kn,,,
 ye ibu,, love u,,

2. isu tol dimansuhkan,,,

korng nk tol dimansuhkan????boleh sape kte x boleh,, tp pastikn korng ade doremon yg bolh bwk kite smua ke zaman pak pandir,, x de jalan x de elektrik x de sumber air ,,,bile jln lopak sikt da bisng ,, dailog selalu kelau "duit nak buat kerja sikit x boleh" mcm mne diorg nk wat kerja ikhlas korg da cbe sabotj periuk nasi diorng. byrn tol 2 kn untk kemudhn nk jln yg cntik sahaja,, yg molek besar lebar mcm mulut korng,, tp byr x mau,, ape lah,,

bagi aq bek korng minta kurng itu pon da memadai.. pernh x tepk dlm aty murni korng 2 kalu tol dimansuhkn org2 yg keje tol 2 nk kena cri kerja len  ker?? kesian kt depa na,,cube bygkn lg yg kerja 2 mak ayh kite,, hemm pk la pk la,,

3. harga minyak turun

kalu korng ade tbce artikel or ape jns berita korng prnh dgr x malaysia adalah negara yg pling bnyk subsidi harga minyak kt rakyat?? minyak x boleh turun la syng oiii,, memng aq pon protes minyak mkin lme mkin nex harga tp korng tw x yg sumber bahan asli makin x de dlm dunia,, makin habis,,mkin berkurngan,, mereka yg mengali minyk perlu ke tgh laut untkgali cri minyk untk bg korng guna,, aq pon same la,,

okeh ape kte klu rase mcm nk sgt protes mcm aku harga minyk naik,, ayh aku kte g nex basikal la sne,,
eleyh org jepun rilex jeq g keje nex basikl kn,, okeh aq phm jepun sejuk malaysia lg sejuk,, okeh,,,
 yg aq peliknye dok protes hrga minyk naik tp pakai 2 dia LAMBORGNI(aq x reti eja :p),, FERARI,,
amboi sakan ang na dok protes2 tp keja nk sedp ja,,

4. ha isu SPR x telus,,

korng dok sdp kata depa x telus na,, korng tw ka,, korng dgr sdri n bce berita kt surt khabr yg MALAYSIA import PEMERHATI dari luar utk pegiraan undi,, yg aq pelik pg undi pon x sebok nk kte SPR telus,, OBAMA pon respect MALAYSIA la cra undi palig jujur,,


ha itulah isu yg aq rase mcm enth pape jeq,, mcm2 jeq aq ase,, mcm isu SPR x telus nie kn biala if dia menipu blckout kn bgai ALLAH kn MAHA MENGETAHUI,, ALLAH nmpk kn,, 2 urusn diorng dgn ALLAH,,Mcm mne agknya la ktekn la kn,, korng arini dok kutk SPR itu ini,, tp tbe korng kena kahwin dgn org yg kerja SPR,,X pon famili mentua kerja SPR,, HEMMM,,, agak2,,,, korng nk kutuk x??
mesti ak kelua ayt mcm nie,, "hemm nak kate bini/laki kerja spr"

lg 1 korang tw x bile benda alah ini benar2 di lakukan malaysia akn terpksa membuat pnjmn keluar negara,, bila perbelanjaan melebihi kos negara akan buat pnjmn,,bila pinjmn x dpt dibyr dgn cara dan faedah yg ditetpkn negara akn berhdpn hutng dn secara x lngsung negara boleh muflis dan mata wang negara akan jatuh. korang tanye kenapa bnda nie boleh berlaku,, mustahill, okeh mari kite ke ruangn berfikir sejenak,, smua bnda korag nk subsidi sgt,, negara bg negara buat pnjmn sbb nk penuhi permintaan rakyt katenye,, tp negara x boleh lakukan pembyrn balik sebb x de pusingn modal,, habis semua bnda da di subsidikan,,, mne nk dpt duit blik,,, n negara akn diselanggara oleh org lua amerika syarikat utamnya yg memng tunggu malaysia nie jatuh,,,, n terdpt beberapa negara yg msh lg kewngn mereka di kawal oleh amerika mcm indonesia meraka berhutung untk majukn negara sejk zmn perng lg tp hutng x hbs2,, korng pk x kn la kn,, rasenya korng perlu cri blik artikl lme n bce n study btol2,,,

konfom lepas nie makin ramai boikot aq sebb kelaukan penyataan x membantu mereka yg membanth,,
aku keluakan ape yg aku rase,,
kebebasan bersuara katenye,,,

Sunday 5 May 2013

ini kalilah,,, yeaaahhhhh!!!!!!!!

hah kali ni aku nak bercerita pasal demam pilihann raya,,, bukan hari raya tapi pilihan raya,,, yeah ini kalilah,,, haiyoooo (pinjam sekejap tagline prof,,,,) ini kali banyk seram,, pandangan dan pendapat setiap org tak semua boleh diterima,, just ignore it,, okeh hari nie 5 mei 2013 hri mengundi untuk rakyat malaysia yg layak mengundi,, aq?? heee,,, jgn ditanya kenapa x mungundi dan aku masih duduk didalam bilik bersama asgmnt yg banyk dan banyk dan bnyk,,,, okeh lagi yg paling teruk aq x dpt balik dan masih lagi di hutan sintok,,, huaaa

hurmm lupekan pasal aku,, yg aku nak cerita pasal PILIHAN RAYA,,

sepanjang minggu berkempen macam2 aku tengok gelagat manusia nie,,terlalu bermacam2,,,terlalu,, kau kutuk die, die kutuk kau,, kau maki die,, die maki kau,, tp sedar x kamu semua sedng kamu bertelagah ada yg memerhati tingkah laku kamu semua itu dan dalam seramai2 manusia yg wujud dalam dunia ni akan ade manusia yg suke gelakan gelagt kamu,, siapa tahu kn,, kita sedp dok gadow depa dok ketawakan kita,, yg kadang bila kite terlalu taksub kita abaikan org lain,,

that most importnt yg ramai x sedar sebenarnya kita sibok berkempen. tp sedar x kita masa kita sedp berekmpen kita sedp kibar2 bendera negara kita x berkerajaan,, kalu kita diserang secara hendap apa kn jadi,, ya ALLAH mix dijauhkan,, taksub itu satu hal tapi bolehkn jagn kau putuskan silaturrahaim,, apa pandngn yg aku boleh tgk sebb PR snggup bergdh,, hbs lps PR 2 mcm mne??

X SALAH IF KITA TAKSUB SEBB ITU PILIHAN KITAKAN,,,

YUP AKU SETUJU,, (tp cover2 sikit boleh)

yea kite ank muda jiwa lain. kita nakkn perubahan yg bawa kbaikn dan mafaat untuk kita. kita ank muda nakkn perekmbangn seiiring dengan agama islam,, kita berfikiran matang, rasional boleh pk baik dan buruk sesuatu itu.. dan paling pentng undi 2 hak kita,, ape pon plhn kita 2 memng tiada sape boleh pertikaikan,, tp tolong jgn nk burukn 1 sama lain,, kau manusia dia manusia,, kau tinggl kat mne lps PR nk gadow2 bagai,,,

that human being call "ADAT" (haiyoooo ,,, proff pinjm tagline sekali lg,,, :P)

islam sendiri benci kepda perpecahan benci kepada perpisahn silaturrahim ,,, dan ingt nabi MUHAMMAD S.A.W ade 3 permintaan doanya dan doa yg ke3 nabi x diterima iaitu  "jgan biarkan umatku berpech antara 1 sama lain" dan doa ini ALLAH x makbulkn,,, ingtlah jgn kite berpecah sebb perkara nie,, kalu x suke simpn dalam hati cukuplah kita sendri yg tahu,,, ALLAHUAKBAR,,

okeh lupekan pasal semua nie,,,





hah kamu2 inilah jari org yg mengundi,,, tp ini bukan jari aku,, besar sgt,,heeee :p ini jari pakcik aku yg balik mengundi kt kg,,,aku x curi gamba nie da mix izin la,,,

dan kalu aku diberi peluang untuk mengundi aku pilih ape???

undi 2 rahsia sayang~~~~

dan ucapan terakhir aku untuk blog kali ini adalah

"awak sokong biru ker merah ker hijau ker kite tetap kawan kan?"

peace not war,,,

Selamat hari Pilihan Raya,
Kepada saudara serta saudari,
5 tahun hanya sekali,
Merayakan hari mengundi ini... ^_^

HEHEHEHE...





Friday 3 May 2013

aku dan kure-kure



okeh malam yang larut nie aku nak cerita pasal kure2.. ini kure2 bukan saya yang punya. tp membe yg sedp balik bercuti disuruhnya eden jagonye,,  nogori pulak,, kure2 alahai suke tegk die,, comel jeq (macm aku kecik :P pasan,,keh8) 1st time ske tgk tp membe kte "ko jgn lupe tuka air die nt busuk bg makan die skali sehari pkol 2",, itulah amant terakhirnya seblm die pulng ke kampung dengan bahgianya dan aku di sini bersama cik kura2 dia yg agak buas.

td pg kena cuci bekas dia,, alahai time nak pegang 2 gelinya,, die geletik2. alaaaaa,, tp demi amant,, wat muke cover cun depn cik kura2,, yes akhirya berjaya pegang die,, tp alahai die pnye laju berlari nasib ade pghdng klu x x tekejo eden. laju giler die ajaq aku men rounders nasib x ajaq men baling selipar,, heeee :p

nak cerita pasal makan die lax, menurut cik membe die kte bg makan sekali sehari 2 pon pkol 2,,, tp yg aq tgk cik kure2 nie asyk nk makan jeq,, klu aq x bg mkn die ngadap muke aku,, alahai comelnye kamu cik kure2,, pantng aku gerkn sikit plstik pallet die,, mulelah die men pusing2,, aku pon x der keje saje pusng2kan pallet 2,, he8 seronok pula,,

kesian kamu,, tp td aku tnye membe yg penah bela kure2,, selain aku wat research(ceh nk wat asgmnt pon aq mls nk research tp demimu cik kure2) die kte kure2 x boleh bg mkn bnyk2 nt mati,, owhhh okeh memng x boleh la,, n kalu x bg makn pon die boleh tahn 3 hari x pon pling lme seminggu,, owhh okehhh,,,

hai cik kure2 kamu sangt comel,,, nak tidow la,,, nyte cik kure2

Saturday 27 April 2013

mimpi??

yeahh meh aku nak cerita tentang mimpi aku malam tadi,, mimpi pon sibuk nak cerita,, (eah cerita aku suka aty aku la,, ) heeee :P. banyak2 mimpi mimpi tadi malam la buat aku pelik bin ajaib,, (sebb slalu aku mimpi benda2 yang menakutkn mcm2 bintng aku mimpi, tp mimpi nie lepas aq g berubat 2x baru aq mimpi selain bnda2 pelik n menakutkan 2,,) balik semula kat cerita aku,,

 aku mimpi aku duduk kt terminal bas ke air port mcam 2 la,, then tiba2 ada seorang makcik nie (aku x sure la aku kenal dia,, samar2) then dia datng tergesa2 kat aq keluakan cincin terus sarungkan kat jri aku,, tp perasan aku time 2 kt jari manis aku dah ada cincin then dia nak masukan kt jari telunjuk,, tp enth mcm mane cincin yg kt jari manis aq hilng tiba2 cincin makcik unknwn person 2 yg ada kt jari aq,, aq x sempt nak buat ape aq ase mcm ptung cendana pon ada time 2,,keras terkejuzzz,, cincin 2 longgar tp die ketatkan and kemudian aku nampak cincin 2 mcm nk ptah,, aku tanye die "eah knpe cicncin nie mcm nie" makcik 2 jawab,, "entah,, eah x pelah,, jage baik2" kemudian aku tersadar,,,

bila aku jage aku senyum sendri,,macam2 aku bisikn,, aku search intenet cari makna mimpi tadi,, apa aku jumpa dia kata akan ada org masuk meminang untk cincin 2,, tp bahagian cincin nk patah 2 hubugn aku dgn seseorg pon nk agak goyah,,,, aku pk blik hekkk pakwe, bf, gewe pon x dop guane org nk masuk minang,,keh8,, agak lame jugk la aku gelak sorang2 ble bce artikel 2,,,

tp kan lelaki yg mungkin anak makcik unknown person 2 mcm aku kenal,, hemmmm,,, macam lelaki yg baru aku kenal,, hemmm,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
macam,,,, someone yg,,,



Friday 19 April 2013

hidup sebuah erti

hidup perlukan pengorbanan.

setiap tangisan ada tawanya. dalam perjalanan mencari diri x semua mampu tersenyum. tangisan mengajar manusia itu erti kekuatan. apa yang dilalui semalam itu kenangan yang mengajar kita erti semangat, erti pengorbanan, erti sebuah senyuman juga sebuah tangisan. cerita suka semalam kengan paling indah yang mampu membuat kita tersenyum hari ini. cerita semalam yang membina kecekalan dan kekuatan dalam diri. apa yang dilalui bukan mudah hanya diri sendiri yang tahu. kritkan yang membunuh itu semgt yang membina.

apa dipeduli dengan kata orang.
apa dipeduli dengan hinaan orang.
apa dipeduli dengan cacian orang.

diri sendiri yang menghadapi. setiap kegagalan bukan semua diakahiri dngan kesedihan. apa yang penting usha kita mejadi titik setiap perjalanana. ALLAH itu maha adil. setiap perbuatan kita akan di balas dengan sebaiknya. mengapa perlukan air mata andai itu hanya kelemahan?.

aku bangkit meniti sebuah perjalann yang aku masih ragu akan penghujungnya. aku masih lagi mengikut rentak seperti boneka yang diikat kaki dan tanganya untuk dipermainakn. tahu bukan. sebuah perjalan yang x mudah bagi aku seorang gadis yang jauh dri keluarganya. mencari kekuatan dengan hidup keseorang. aku bukan lelaki yang tegar di sakiti. aku bukan lelaki yang sering kali kuat degan egonya. aku seorang gadis yag sentiasa mudah mengalir air matnya. tapi itu tak menunjukan diriku sentiasa bersedih.

aku masih lagi gembira masih lagi penuh gelak tawa masih lagi mampu tersenyum walau kemana shaja dan keseorangan. apa aku peduli pada kata orang. tapi aku sering kali tewas akan hidup yang aku lalui. betapa aku kecewa akan masa lalu yang banyak aku lalaikan. betapa aku kecewa pada setiap perbuatan yang aku ketawakan.

hari2 mendatang ALLAH masih menguji aku dengan ujianya. bermacam ujian. aku masih lagi cekal masih lagi tidak kisah. tapi  disetiap sujudku aku selitkan betapa  aku bersyukur atas setiap ujian-NYA. ya DIA yg 1 itu merindui aku. DIA rindu aku mencintai dirinya. selama ini aku sedar aku terlbih mencintai manusia melebihi dirinya.. betapa aku bersyukur dia merindui aku menyebut namanya. aku lalai YA RABB.. dosaku moga kau ampunkan. moga kau permudahkan setiap perjalanan aku untuk ke jalan MU.

Saturday 2 March 2013

aku dan matahari

sepanjang perjalanan hidup bukan mencari kesenangan semata malah mencari kebahagian juga,, kdang mengapa perlu menagisi sebuah perjalan bukan tidk boleh diperbetulkan,,ya kita manusia biasa yang sering melakukan kesalahan bukan,, tapi bukan bermakna kita bodoh sebb sentiasa melakukan kesalahan,, manusia itu belajar daripada kesilapan demi kesilapan yang mengubah corak kehidupanya,, pahit manis suka duka itu semua sebuah cerita kita, tidak ada seorang manusia pon yang dilahirkan terlalu bersedih juga terlalu gembira.

aku dan matahari. mengapa matahari. aku ibaratkan hidup umpama matahari. bila tiba masanya dia siang dia mengeluarkan cahaya bila tibanya malam hilanglah matahari keluarlah bulan. bila tiba hujan pula matahari ditutupi awan gelap. begitulah kehidupan bagi aku. apa yang tersirat dan tersurat adalah manusia akn bergembira, sedih, bahagia bila tiba ALLAH aturkan itulh yg terbaik untuknya,, begitu juga matahari bulan hujan keluar mengikut peredaran.

manusia itu hidup juga atas roda yang berputar atas coraknya sendiri. tapi mereka ini bukanya sentiasa ada diatas tak juga sentiasa dibawah. mengapa perlu percaya pada hukum karma sedangkan kita perlu percaya pada DIA yg ESA. cukuplah kita percaya setiap baik ada balasan baiknya setiap perbuatan buruk ada balasan buruknya. redha dan ikhlas atas apa yang telah kita lakukan mahupun orang lakukan pada kita. jangan dibalas perbuatan kita itu dengan apa yang dia telah lakukan pada kita. jika tidak apa beza dia dengan kita kalu kita sama2 melakukan membalas dendam.

hidup bukan semudah yang disangka. bukan perlu dimegah juga bukan perlu direndah. setiap perjalanan ada kurang ada lebihnya. bersyukur itu perlu bukan hanya bersedih. bukan tidak boleh bersedih tapi cukuplah bersedih yg tidak keterlalun. perjalanan masih lagi panjang.. cabaran dan liku itu permaian yang mematangkan pemikiran biar di kata orang asal kita kenal diri kita. tapi jangan terlalu percaya pada diri kritikan orang pula diremahkan. 

Saturday 23 February 2013

hasbunallah wa ni'mal wakil


‘Hasbunallah wanikmal wakil’ (QS. Ali Imran: 173). Artinya, ‘Cukuplah Allah menjadi penolong kami.’ Ketika Nabi Ibrahim Alaihi Salam dilempar ke dalam kobaran api, beliau mengucapkan ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim selamat dari kobaran api yang membara. Demikian juga ketika Nabi Muhammad Shalallahu Alaihi wa Salam dan para sahabatnya mendapatkan ancaman juga mengucapkan ‘Hasbunallah wanikmal wakil’ yang membuatnya selamat dari marabahaya. ‘Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa suatu bencana dan mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai karunia yang besar.’ (QS. Ali Imran : 173-174). Kita tidak akan bisa mampu melawan bencana, menaklukkan semua derita dan mencegah musibah yang datangnya setiap saat dengan cara kita sendiri sebab kita memiliki kemampuan yang terbatas, kita diwajibkan berikhtiar untuk menyelesaikan setiap masalah bagaimana hasilnya selebihnya kita menyerahkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Jika tidak demikian, adakah jalan keluar yang lebih baik untuk kita tempuh disetiap kita menghadai ujian dan cobaan? ‘Dan bertawakallah engkau hanya kepada Allah, jika engkau orang-orang yang beriman.’ (QS. al-Maidah : 23).

ya tuhanku ya ALLAH sungguh aku manusia yg mencari-MU kala aku lemah,,aku x terdaya..berjalan dalam hujan sambil mengalirkan air mata lebih menyenangkan tanpa ada yg mengetahui. manusia seringkali alpa dengan nikmat kehidupan mereka apabila merka mengalami kesusahan barulah di cari TUHAN yg 1,, "ALLAHUKAKHBAR",, andai aku silap langkah ampunkan aku, andai aku khilaf berikan petunjuk,, andai aku rebah kuatkan aku,, sepanjang hidup mencari jalan x semua jalan yang tempuhi 2 jalan yg membawa erti kebahagian,, kadangkala ianya lebih menaykitkan daripada di hiris dengan pisau.. blejarnya manusia itu menjadi kuat daripada ujian yg sedikit,, aku beljar hidup disebalik khilafku sepanjang hidupku untuk mencari yang hakiki,, 

Thursday 21 February 2013

mengapa

lama sudah x meng update blog selepas 3 hari 3 mlm aku pusing2 kt blog nie,, selepas di kemas kinikan (kemas sgt terbur semacam jeq),,inilah yg dapat aku hasilkan memang x seberapa tp suka hati akulah,,,,,hemm selepas sekian lama x update perkara2 yang memuntah kuningkan orang lain aku mula balik,, nie semua gara2 terjebak bila membe sibuk update blog,, (konon x nk ketinggalan tp korang tafsir lah sendiri,,) blog nie pon muncul kira2 setahun yg lepas selepas cerita cinta luka,, (cisss luka sangat kan ) tp maap aku da banyak delete post2 2 sebb kalu korang baca aku dapat bayangkan betapa korang akn mengalirkan air mata walaupon x ikhlas kemudian korang akan mengambil bantal busuk korang untuk menahan kegelian pada ayat2 jiwang aku,, dan apabila ayahanda aku membacanya akan dikejarnya aku keliling kampung menggunkan lori JKV nya itu,,he8 oleh yg demikian aku delete la,,,